KOTA BHARU: Seorang bekas pembantu rumah warga Indonesia telah menyaman bekas majikannya yang didakwa tidak membayar gaji selama sembilan tahun tiga bulan berjumlah kira-kira RM195,000.
Derfi Bisilisin, 36, memfailkan saman itu terhadap Koe Boon Aik, 48, di Mahkamah Sesyen di sini.
Pada perbicaraan yang bermula hari ini, Derfi berkata, dia melakukan tugas hakikinya sebagai pembantu rumah seperti membasuh pinggan dan memasak selain terpaksa bekerja di kedai aksesori kenderaan pada waktu petang walaupun perkara itu tidak termaktub dalam perjanjian kontrak pekerjaan.
Derfi berkata dia berhak menuntut gaji bagi kedua-dua pekerjaan yang dilakukan selain ganti rugi am dan teladan berjumlah RM50,000 atas layanan buruk yang diterima daripada Koe dan ahli keluarga bekas majikannya itu.
"Saya juga disuruh tidur di atas lantai di ruang tamu rumah dan diberi makan hanya sehari sekali iaitu pada waktu malam selain tidak dibayar gaji sepanjang tempoh perkhidmatan bermula 23 Julai 2011 hinggalah saya melarikan diri pada 29 Okt 2020.
"Mengikut perjanjian, perkhidmatan saya sebagai pembantu rumah bermula dengan gaji RM600 sebulan dan kenaikan RM50 setiap tahun hingga mencapai gaji maksimum RM1,100 tetapi tidak pernah dibayar termasuk upah sebagai pekerja kedai aksesori," kata wanita itu yang berasal dari Kupang, Nusa Tenggara Timur.
Defri berkata demikian sambil menangis di kandang saksi semasa memberi keterangan dan dia diwakili peguam Alias Ibrahim manakala defendan diwakili peguam Tara Singh Delip Singh.
Pada November 2021, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur melantik peguam bagi mewakili plaintif untuk membuat dua tuntutan iaitu gaji sebagai pembantu rumah berjumlah RM93,000 dan gaji sebagai pembantu kedai aksesori kereta sebanyak RM109,000.
Sebelum ini, majikan Defri dihukum penjara tujuh tahun dan isterinya tiga tahun serta didenda RM30,000 pada Januari 2023 selepas didapati bersalah mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli, yang berlangsung selama dua hari, bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli, yang berlangsung selama dua hari, bersambung esok. - Gambar hiasan
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Tiga ejen pembantu rumah ditahan, eksploitasi wanita Indonesia
Operasi itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi, Bah
Wanita Indonesia dakwa didera majikan kerana mahu pulang
Seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dirinya didera majikan telah diserahkan kepada pihak kedutaan bagi tindakan lanjut.
Polis tahan pembantu rumah Indonesia bantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki
Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara pada 30 Dis lepas.
Bekas pembantu rumah Indonesia tuntut gaji tertunggak RM195,000
Derfi Bisilisin, 36, memfailkan saman itu terhadap Koe Boon Aik, 48, di Mahkamah Sesyen di sini.
Rogol amah: Ahli perniagaan dipenjara 12 tahun selepas gagal dalam rayuan
Mahkamah turut mengekalkan keputusan supaya perayu dikenakan lima sebatan.
Polis kesan pembantu rumah cuti barangan, wang majikan bernilai RM10,850
Polis sedang mengesan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki melarikan diri bersama barang berharga dan wang tunai milik majikannya dianggarkan bernilai RM10,850, Isnin lepas.
Pembantu rumah dirantai, majikan ditahan
Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang pembantu rumah warga Indonesia yang ditemukan dirantai di sebuah flat di Taman Tenaga di sini, pada Ahad lalu.
Wanita Indonesia jadi mangsa buruh paksa diselamatkan
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi kerja di sebuah rumah di Port Dickson, dua hari lepas.
Pengurangan kos PDI: KSM tunggu jawapan Indonesia
KSM masih menunggu jawapan daripada Indonesia berkaitan cadangan mengurangkan kos pengambilan pekerja domestik Indonesia (PDI).
Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia dikaji semula - Sivakumar
Malaysia dan Indonesia akan mengkaji semula kos pengambilan pekerja domestik Indonesia (PDI) dan menetapkan kadar yang lebih munasabah, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.